Rabu, 16 November 2022

CARA MASUK RAUDHAH TERKINI


Tuan puan boleh tengok link you tube umigilbi ya.

Menurut youtuber sekarang selepas tahun baru hijrah 1444, sudah tidak perlu menggunakan apps tawakalna atau eatmarna lagi.

Kalau dulu masuk ikut pintu 25, sekarang pintu masuk untuk kaum muslimat adalah pintu 32 dan 33. Kawasan raudhah untuk muslimat juga telah diperluaskan.  Tidak perlu bertolak-tolak lagi, syukur alhamdulillah.

Boleh tengok link youtube tu untuk tengok live.

 https://youtu.be/35bQEQmTkeU


Nak bawa anak dan isteri menunaikan umrah, tak tahu apa nak pakai lagi boleh tengok koleksi kami di page fb telekungmusleema atau anda klik lah Pakaian Haji Umrah.

Rabu, 9 November 2022

APAKAH SYARAT WAJIB UMRAH

 Syarat wajib Umrah ada 5 

1. Islam - Tidak wajib bagi bukan Islam. Malah diharamkan untuk orang bukan Islam masuk ke Tanah Haram

2. Berakal - Orang yang siuman sahaja yang wajib, orang tak siuman tidak wajib untuk menunaikan umrah

3. Akil Baligh - Orang yang sudah baligh, kanak-kanak tidak wajib untuk menunaikan umrah

4.  Merdeka - Orang merdeka sahaja yang wajib, hamba tidak wajib untuk menunaikan umrah

5.  Berkuasa - Orang yang ada kemampuan dari segi kesihatan dan kewangan. Boleh pergi sendiri tanpa pertolongan sesiapa. 


Bagi wanita ada syarat tambahan -

1,  Mendapat izin dari suami dan walinya

2. Ditemani oleh suami atau mahram atau perempuan yang boleh dipercayai.



Anda mencari barang kelengkapan umrah anda bolek klik link dibawah ya.

klik sini

Rabu, 26 Oktober 2022

KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH

 Semua orang teringin nak gi umrah kan? Pergi sekali nak pergi lagi kan. 

Tau tak kelebihan bagi orang yang mengerjakan UMRAH tu.

1. Menjadi tetamu Allah

2. Menziarahi makam Rasulullah dan sahabat

3. Dihapuskan dosa

4. Pahala ibadah yang berganda di Makkah dan Madinah

5. Berada di tempat yang mustajab doa.

Semoga kita sampai ke sana lagi. Tak tau nak bawa apa untuk UMRAH boleh klik link kami ya https://designmusleema.avana.asia.com



ORDER BARANG KAT SINI YA

ORDER BARANG UMRAH

Selasa, 18 Oktober 2022

APA NAK BAWA PERGI UMRAH?

Ramai yang tanya kak hajah apa nak bawa pergi umrah? Ramai yang baru 1st time pergi kali ini.  Maklumlah pagar dah bukakan.  Menurut kawan saya yang baru balik dari Tanah Suci kali ini ramai. Nak  masuk Raudhah tak macam dulu boleh ulang 3 - 4 kali dah.  Ikut giliran.

Mari kita ulang siar apa dan berapa banyak nak bawak pergi Umrah ya. Tuan dan puan hajah boleh suaikan dengan keperluan. Bukan hukum wajib follow ya.


JEMAAH WANITA


Telekung - 3 helai + 1 kain sarung

Jubah/jubah seluar  - 4 - 5 helai (1 helai warna putih)

Baju inner poket - 2 helai

Seluar panjang - 2 helai (kalau dah pakai jubah seluar tak perlu tambah lagi)

Tudung labuh - 3 helai (kalau anda nak bertelekung sepanjang masa bawalah 1 helai sahaja)

Stokin - 4 pasang

Kasut tawaf lembut - 2 pasang

Stongan - 3 pasang

Anak tudung @ inner - 3 helai 

Spray wuduk - 1 botol sahaja

Beg kasut - 1 sahaja

Toiletteris - bawa yang free bau wangian

Gunting kecil - 1 sahaja (letak dalam luggage)

Pakaian dalam dan pad wanita ikut keperluan anda ya.


JEMAAH LELAKI

Kain Ihram - 1 set 

Baju poket - 2 helai

Cawat Ihram - kalau ada keperluan

Gunting Kecil - 1

Sandal yang terbuka - dan sesuai dipakai untuk umrah

Beg Kasut - 1

Spray wuduk - 1

Baju Kurta dan Seluar panjang - 4 pasang. Boleh disesuaikan dengan baju melayu atau apa sahaja pakaian yang sesuai dengan anda


Makanan dan minuman

Minuman sachet kopi/teh/3 in 1 bawalah 1 pek sahaja kalau malam-malam rasa teringin nak mengopi kan.

Nota - untuk jemaah yang dah berusia atau kurang tenaga untuk berjalan kaki pilihlah travel umrah yang tak jauh. Makan dan minum disediakan supaya anda tidak perlu lagi keluar mencari makanan ataupun kedai makan.

Tukaran wang kita pun lebih rendah ya, setakat semalam RM1000 = SAUDI RIYAL RM800 


Perlukan bantuan memilih produk umrah haji kami boleh klik kat website kami https://designmusleema.avana. asia ataupun pm n wasap kami sahaja ya  order sini




Perlukan bantuan memilih produk umrah haji kami boleh klik kat website kami https://designmusleema.avana. asia ataupun pm n wasap kami sahaja ya  order sini






Perlukan bantuan memilih produk umrah haji kami boleh klik kat website kami https://designmusleema.avana. asia ataupun pm n wasap kami sahaja ya  order sini





Selasa, 13 September 2022

KASUT TAWAF VELVET UNTUK AKAK YANG KAKI BESAR


KASUT TAWAF UMAIRAH


 KASUT TAWAF UMAIMAH


ada sahabat kami sekarang tengah sibuk siapkan barang-barang untuk pergi Umrah ada yang nak pergi hujung tahun ada yang pergi awal tahun.  Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk ke sana.

Sahabat Kak Hajah si Ema pun nak pergi umrah, petang tadi kak hajah pergi hantar set kasut tawaf dan baju singlet poket untuk kegunaan beliau dan keluarga terdekat yang ikut sama.

Kasut Tawaf velvet Umaimah dan Umairah ni cutting besar dari kasut asiyah dan majeeda. Jadi akak-akak yang kaki jenis kembang boleh cuba Kasut Tawaf ini.

Kasut Tawaf Umaimah lebih tinggi sedikit tutup sampai pangkal  kaki seolah-olah pakai stokin. Tetapi lebih selamat kalau pakai stokin yang panjang sampai betis.

 Berminat boleh pm tepi kak hajjah - order sini ya

Ahad, 11 September 2022

PROMOSI KASUT TAWAF LEGEND

 Assalamualaikum sempena menyambut bulan kemerdekaan ini kami pun nak memeriahkan aktiviti kami dengan pakej promosi yang menarik untuk anda ya.

 KAMI ADA PROMOSI KASUT TAWAF LEGEND

1. KASUT TAWAF ASIYAH

2. KASUT TAWAF MAJEEDA

KASUT TAWAF ASIYAH







Kasut tawaf tumit hanya paras tumit sahaja. Sesuai untuk tawaf dan solat di luar rumah atau untuk travel. Bahan spandex di dalam yang lembut memberi rasa lebih selesa kepada kaki anda. Juga melindungi aurat ketika solat terutamanya jika tidak memakai kain sarung solat.Perlu dipakai bersama stokin.

Ciri- ciri kasut tawaf

Bahan spandek polyester

Free saiz muat sampai saiz 10

Tapak Anti Slip


KASUT TAWAF MAJEEDA






Kasut Tawaf Majeeda lebih kurang sama dengan kasut tawaf Asiyah. Perbezaannya kasut tawaf ini full cover tutup semua kaki macam pakai kasut sukan. Lebih kejap dikaki pemakainya dan tidak mudah tertanggal. Masih menggunakan bahan spandek yang lembut. Senang untuk disimpan dalam beg sandang. 

Ciri- ciri kasut tawaf

Bahan spandek polyester

Free saiz muat sampai saiz 10

Tapak Anti Slip

ORDER DI SINI

BOLEH ORDER TERUS DI WEBSTORE KAMI Ya


RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA