Sabtu, 19 Mac 2022

JOM KITA MENCUCI MATA SOPPING TELEKUNG UNTUK RAMADHAN

Selamat menyambut Nisfu Syaaban.kk

InsyaAllah lagi dua minggu kita akan sambut Ramadhan, mudahan diberi kesihatan yang baik hendaknya. 

Dapat menunaikan rukun Islam ketiga dan solat jemaah sunat tarawih beramai-ramai di surau, ada tazkirah lagi.

Kalau tak ada moreh pun tak apa, asalkan dapat memenuhkan surau dah masjid, betul tak?

Kat media sosial dah macam-macam promosi diadakan pakaian, kuih-muih pun rancak lalu lalang.

Designmusleema pun tidak ketinggalan nak jugak sama-sama meriah kan sambutan Ramadhan dengan koleksi telekung asheera, jasmini, atilia dan telekung klasik.

Telekung fabrik yang sejuk dan selesa seperti cotton, cotton vietnam dan silky satin. Adik kakak yang badan besar dan kecik pun tak perlu bimbang ya semua saiz ada tau.





UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN LIHAT SETERUSNYA

BOLEH KLIK PADA LINK TERSEBUT YA.


TERIMAKASIH

TEMPAHAN JUGA BOLEH DIBUAT DENGAN WASAP TERUS PADA KAK HAJJAH

www.wasap.my/601127902884/telekungramadhan2022







Sabtu, 26 Februari 2022

PERANG RUSSIA DAN UKRAINE SIAPAKAH DALANG

Hari ini nak keluar tajuk sedikit, saya buka pengulas politik sekadar pendapat picisan sahaja. Saya bukan peminat berita dunia pun. Tapi agak terkejut dengan perkembangan ini, macam orang lain jugak yang beranggapan "ADAKAH ini perang dunia ketiga'

Jadi buat sedikit homework google berita semasa dan meneliti pendapat orang yang lebih pakar dalam soal geopolitik dan ekonomi terkini. Saya dapati dari dahulu sekarang sebenarnya motif utama dalam setiap isu peperangan adalah ekonomi.

Peperangan ini adalah satu medan untuk mempamerkan kekuatan senjata masing-masing. /Setakat buat ujian tak kat padang pasir belum cukup untuk membuktikan keberkesanan senjata tersebut. Selepas ini banyaklah negara yang akan berminat dengan senjata-senjata baru yang dikeluar,

2. Pengaruh kuasa - Ada 3 pemain utama dalam dunia samada setuju atau tidak Amerika, Russia dan China (ini pendapat saya sendiri). China berpengaruh di Laut China Selatan memang turut mengheret Malaysia juga terhadap beberapa isu sempadan. Bila China semakin berpengaruh negara Uncle Sam akan panas punggung. US kita semua tahu dah lama bertapak di Filippina dan Singapura.

3. Isu dalaman negara Uncle Sam memang satu cara nak mengalihkan perhatian rakyatnya dari isu-isu negaranya sendiri. Uncle Sam akan pergi mengacau negara orang. Banyak peperangan dalam dunia ini dicetuskan oleh Uncle Sam seperti peperangan di Iraq, Somalia dan Syria.

4. Kebelakangan ini dibawah pemerintahan Vladimir Putin banyak kenaikan dalam ekonomi RUSSIA dan beliau seorang yang bersikap toleran dengan agama lain. Di sana sudah ada 25 juta orang Islam dan boleh mengamalkan ajaran Islam dan membina masjid sendiri.

Boleh rujuk link di bawah untuk lebih info lebih lanjut ya.

 https://www.sinarharian.com.my/article/189595/GLOBAL/Krisis-Ukraine-Rusia-Apa-punca-sebenar

Selasa, 22 Februari 2022

TELEKUNG JUMBO UNTUK SAYA YANG MOK MOK




 Siapa ada masalah macam saya.   Kain telekung selalu buang tepi nak pakai tak muat hu hu hu. Kadang tu bukan sahaja kecil, pendek pulak adui letak bawah pusat pun kaki tetap terjulur bosku.

Mukatelekung pula kecil selalu jer terkeluar dagu tu atau tertutup kening yang tak berapa nak luas tu.

Kami faham sangat kerisauan anda tu solat rasa tak khusuk sebab masalah di atas dan telekung yang anda pakai jadi sangat lah tidak selesakan. 

Sekarang kami bawa masuk untuk anda yang comel semua telekung jasmine plus size tau. Janganlah kecik hati dengan tajuk saya yang catchy tu ya. 

Telekung jasmine ini material cotton campur ya, ada licinlah shikit ya tau. Disediakan sekali dengan beg telekung ya. Ada 4 warna sahaja ya, coklat, cream, purple dan grey ya.

BOLEH TENGOK UKURAN TELEKUNG YA. BERMINAT BOLEH PM KAMI YA DI 01127902884 TAU.



Isnin, 21 Februari 2022

COBID19 MASIH TINGGI SEMOGA UMRAH TIDAK TERHALANG LAGI

 Assalamualaikum,

Dah sampai ke minggu-minggu terakhir lagi kurang lebih 40 hari dah menghampiri bulan Ramadhan.

Terimakasih yang singgah ke blog ini walaupun agak jarang-jarang di update. 

bisnes masih berjalan seperti biasa cuma lebih banyak guna platform media sosial fb dan ig. Anda boleh temui kami di fb page dan instagram juga dengan nama 'telekungmusleema' jugak ya.

Kami masih aktif dengan produk umrah haji kami seperti selalu ya.

anda boleh wasap kami jugak di www.wasap.my/601127902884/umrahtelekungmusleema untuk kami bantu ya.

Semoga aktiviti umrah masih berjalan seperti biasa sahaja ya. walaupun cobid ni tinggi mudahan anda yang berhajat untuk menunaikan umrah tidak terhalang niatnya ya.



Isnin, 10 Januari 2022

SELAMAT TAHUN BARU 2022 - APA HARAPAN KITA UNTUK BALIK KE DUNIA TANPA COVID

 Assalamualaikum semua, terlewat nak masuk blog dah 10 hari berlalu tahun baru baru berkesempatan nak menaip.

Selamat tahun baru 2022. Kak Hajjah balik kampung cuti tahun baru ziarah mak saya di Perak. Kebiasaan bila balik kampung saya akan duduk 2 - 3 hari di sana. Cukuplah untuk tolong-tolong cuci rumah kampung. Saya tak ikut orang cuci kawasan banjir, minta maaf saya tak kuat untuk buat kerja-kerja pembersihan. 

Rumah sendiri pun tak boleh nak buat sekaligus, bersihkan ikut ruang dulu. Bila umur kita meningkat kita tak berkemampuan nak buat semua sekaligus lagi.

Akhir 2021 kita rasa teruja pintu dah dibuka boleh terbang ke luar negara bagi yang dah ambil booster. Sesiapa yang dah lengkap 2 vaksin cukuplah berpusing-pusing dalam negara dulu.

Kita juga dikejutkan dengan banjir besar yang menenggelamkan banyak tempat seperti Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat di Selangor dan Mentakab, Karak, Bentong di Pahang. Mengorbankan 54 orang dan kerugian harta benda mencecah RM20 billion.


google photo

Ramai sahabat handai kita mula pek beg dan terbang ke luarnegara bercuti dan ramai juga yang ambil kesempatan menunaikan umrah. Seronok tengok dia orang update dalam facebook dan ig masing-masing.

Banyak travel agent yang mula menarik nafas lega dan menyusun strategi. Walaupun kos meningkat tetapi tidak mengurangkan semangat jemaah yang dah rindu nak ziarah makam Nabi saw dan umrah di Makkah,

Bagi kami mula rasa dapat semangat baru, mula rasa seronok bila wasap banyak yang masuk bertanyakan produk kelengkapan haji dan umrah semula.


Kes covid masih ada masih lagi 4 angka belum menunjukkan tanda akan turun ke paras bawah 1k. Ramai yang mula menerima vaksin booster. Walaupun tidak di 


.

google photo

Suka atau tidak terimalah hakikat kita terpaksa ikut perubahan, Kita dah hilang nikmat nak ada majlis kenduri kendara yang penuh dewan. Bilangan jemputan pun terpaks dikurangkan ke separuh dewan kahwin.

Aktiviti masjid masih ketat masih patuhi SOP walaupun ada yang langgar. Tiada lagi kenduri kendara kat masjid setakat boleh ada kuliah dan bawa balik berkat atau makanan yang dah siap bungkus. Masih lagi solat jarang-jarang.

NAMPAK macam berat sebelah sebab majlis sukan dan hiburan sudah diberi kelonggaran,  Semoga Masjid dan Surau boleh berperanan sebelum pandemik.  

Semoga situasi ini tidak menjauhkan kita dari Rumah Allah.








Khamis, 16 Disember 2021

APA KATA MEREKA MENGENAI KASUT TAWAF SPORTY KAMI?

Kami nak share feed back pelanggan kami yang baru sahaja kembali ke tanah air dari mengerjakan umrah ya,  Puan Faridah dan anaknya sangat selesa dengan kasut tawaf sporty dan rasa bersyukur berpeluang berjumpa dengan kami di Designmusleema yang menawarkan produk kasut tawaf sporty ini.

Puan Fatimah memilih saiz 42 @ saiz 7 untuk dia dan anaknya.



Puan Aloyah pula membeli kasut tawaf untuk ibunya yang dah tak boleh berjalan lagi hanya menggunakan wheel chair. Ibunya suka dengan rekaan kasut yang cantik dan tidak menyakitkan kaki beliau. Ibu Puan Aloyah pilih saiz 44.




BOLEH KLIK DISINI YA 




UMRAH MUSIM SEJUK - JUBAH SELUAR SEMUA MUSIM



JUBAH SELUAR SEMUA MUSIM

Terima kasih  REKOMEN JUBAH SELUAR HAJi BERDESUP DESAP AKAK GI TAWAF DAN SAiE

Jubah seluar selesa sangat untuk bergerak ke sana kemari sepanjang umrah akk.

Kainnya Serap peluh akak, Saya pernah cuba Material lain peluh menitik sampai ke kaki - puan aida puchong.

Musim sejuk ni terbaiklah sangat lah pakai Jubah Seluar kalis dinginNie
Saiz s - 3xl. 

Nak tempah ikut cutting sendiri Boleh je
#kaincotton yang sejuk dan selesa
#seluarmuslimah pinggang bergetah
#bajuputih yang labuh dan berpoket
#lenganpanjang hujung lengan ada getah senang nak ambik wudhuk

Ramai yang dah cuba terus jatuh cinta, kalau Anda Bakal tetamu Allah pasti kan ada dalam luggage anda.

Wassap kami nak Order Jubahseluarhaji
Klik link kami www.wasap.my/601127902884/bajuhajiumrah
#telekungmusleema
#jubahseluarmuslimah
#jubahseluar
#kainsejuk
#takjarang







RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA