Ahad, 19 Julai 2020

MY BIG WHY - ZERO TO MILLION 2020

Mata dah kocik dah. Pengalaman baru berzoominar selama 3 hari siaran secara langsung. Mak aii lotih minda.

Ingat kan duduk rumah zoominar Nie tak penat. Baru tau macam nak sit final exam. Berasap nak hadam. Baru tau banyak Yang akk tak tau. Baru tau banyaknya buat silap selama ini.

Sebenarnya dah pernah pergi ke sesi briefing RichWorks 5 - 6 tahun Dulu. Tapi tak mau nak proceed sebab rasa fees Tu mahal sangat tak mampu. Sekarang Pun tak mampu jugak.

Tapi akk cari Jalan jugakk untuk sit zoominar walaupun level beginner. Saya perlu paksa diri saya Yang perasan dah pandai. Semua nak buat sendiri untuk jadi pendengar Yang baik. Buka minda saya untuk terima idea orang Yang lebih berilmu.

Rupanya selama inj akk ulang kesilapan Yang sama. Orang yang bodoh adalah orang Yang jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali.

Saya subscribe email ramai sifu marketing banyak dapat email free webinar Tapi tak tergerak hati Pun nak dengar.

Ini kali asbab pkp, cik corona covid19, Akk rasa Memang terduduk. Saya jadi kemurungan sekejap, saya tak taupun apa halatuju. Sekelip mata rasa macam debu-debu berterbangan. Akk rasa I need help tapi how??

Bila dapat email dari RichWorks free zoominar jari-jariku ini ringan untuk register, berlapang dada untuk jadi pendengar Yang baik.

Walaupun 3 hari Tapi rasa singkat sangat. Kesungguhan Team RichWorks . Dr Azizan Memang semua orang tau capabilities beliau melatih ramai anak-anak muda yang tidak ada apa-apa jadi “orang ada-ada”

Doktor Azizan punya keywords numbers, numbers, semua ada proses, sabar. Mintak pada Allah and be good dengan orang sekeliling you.

Rasa terbuka minda, terasa banyak karat-karat tebal kena buang. Rasa padat ilmu Yang diajar.
Gaiss Jangan berhenti belajar baik ilmu akhirat atau dunia. Kita perlu ada orang tegur. Ada mentor, Ada guru.

 Carilah ilmu Yang baik dan guru yang benar. Supaya kita tak sesat dunia dan akhirat.

 APA PUN YANG KITA SEMUA SEDANG HADAPI ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH.

Terima kasih Allah, Dr AZIZAN dan team Richworks


Ahad, 5 Julai 2020

HELLO JULAI

Dah julai, Alhamdulillah semakin pulih corona teruskan berPKP.  Suku tahun kita berPKP. Banyak hikmah, jadi kekalkan kebaikan yang kita buat. Jangan balik ke habit asal kita.

Kebanyakan bisnes sudah beroperasi seperti biasa walaupun saiz tu dikecilkan. Insya Allah kita akan pulih sepenuhnya. Mari kita banyak-banyak berdoa supaya wabak corona berlalu pergi.

Masjid dan surau sudah dibuka. Solat Jumaat dan jamaah telah dibenarkan walaupun dalam keadaan jaga jarak. Alhamdulilah bilangan jamaah sudah ditambah kepada 500 orang.

Alhamdulillah ada masjid yang dah mulakan kuliah Subuh dan Isyak. Hari ini kak hajah dan kawan-kawan sama-sama bergotong royong bersihkan Surau kami.  Sebenarnya baru jer buat mimbar baru untuk mencantikkan surau kami.

Untuk pembukaan rasmi nanti kami gotong royong bersihkan seluruh kawasan.







Ahad, 28 Jun 2020

TELEKUNG RAYA UNTUK BONDA

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semua orang boleh lega sekarang, PKPP ini aktiviti hampir pulih sepenuhnya yang penting kita jaga kita ya kawan-kawan. Anak-anak kena selalu di nasihat supaya ada jarak sosial.
Musuh tak nampak kita tak tahu dia berada dimana.

Semua orang dah teruja balik kampung jumpa keluarga. Kak Hajjah pun buka jer pagar PKP terus balik kampung.

Syawal kita solat hari raya di rumah dengan keluarga tak ada mood nak persiapan hari raya. InsyaAllah nanti Eidul Adha kita dapat berkumpul semula dah boleh berkumpul lebih 20 orang. Mudahan tiada lagi halangan untuk kita semua.

Apa kata bawa balik sendiri sepasang telekung untuk ibu, bonda, mama dan opah kat kampung. Kami ada koleksi telekung yang cantik comel sangat ada yang lengkap dengan beg comel. Kalau nak warna basic putih pun kami ada ya.

Telekung Bonda Fatimah ada warna hijau, maroon, light brown, brown, dusty pink dan peach.

Harga kami tawarkan cuma RM110.00 SAHAJA YA SOBAT SEMUA.

kemasan muka yang bergetah dan free saiz InsyaAllah ramai yang boleh memakainya. Kain pula cotton micro (cotton campur)

Lebih-lebih lagi selesai PKPP ni kita tak boleh sewenangnya berkongsi telekung dan sejadah di tempat awam ya.

Jangan tunggu lama-lama barang cantik ini cepat jer abisnya.





HARGA RM130.00 SEPASANG

PROMOSI BALIK KAMPUNG

RM110.00 SAHAJA + POS

POS DARI RM10.OO

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT UNTUK RESTOK BALIK TUNGGU BILA SEMPADAN NEGARA DIBUKA KEMBALI.

WASSAP KAK HAJJAH - 01127902884

Khamis, 4 Jun 2020

BLOG KU SEPI MASA PKP

Sejak PKP jarang sangat buka blog. Banyak bermuka buku. kesian blog akak dah bersawang.
Biasalah kita pun terpaksa ikut arus bila PKP banyak aktiviti niaga untuk produk barang umrah haji ni terpaksa di kemas elok-elok. Orang nak gi umrah dan haji dah tak boleh, kita terpaksa cari produk baru untuk melestarikan kehidupan sehariankan.

Akak tak nak merojak kan page TELEKUNGMUSLEEMA jadi lebih kepada facebook sahaja.
InsyaAllah kita akan aktif balik share tazkirah, motivasi dan selang selikan dengan produk muslimah InsyaaAllah.

Kita tak boleh terus menung dan down. Kita kena bangkit balik. Kita jaga kita. Hidup dalam norma baru yang penting kita semua selamat dunia dan akhirat.

Semoga tenang menghadapi hari-hari yang mendatang.

Ahad, 19 April 2020

2020 RAMADHAN YANG SEPI BELI TELEKUNG UNTUK DIRI SENDIRI

Kita berada diambang Ramadhan, takdir Allah memasuki bulan Rejab kita bagaikan disentap oleh suatu makhluk yang bernama CORONA. Makhluk CORONA berjalan ke seluruh dunia mengorbankan beribu nyawa. Di Malaysia sudah ada 88 orang jadi korban,
.
Apa pun yang berlaku terimalah dengan redha, walau pahit dan perit hidup mesti diteruskan. Terima kasih banyak yang Kerajaan lakukan untuk kita semua rakyat Malaysia. Oleh itu untuk balasan #stayAtHome kita jaga kita.

Tahun ini ramai yang sedih tak dapat nak hidupkan Masjid dan surau dengan solat tarawih dan tadarus. Hikmahnya banyak rumah akan jadi masjid, apabila sekeluarga menghidupkan Ramadhan dengan tadarus dan tarawih anak beranak.

Nak beli telekung baru ker? Apa salahnya ada telekung baru walaupun solat tarawih di rumah. Kita nak pakai cantik-cantik menghadap Allah swt bukan nak tunjuk kat jemaah yang duduk sebelah kita. 

Tak dapat balik kampung kita pos jer sepasang telekung kat mak dan mertua di kampung. Anak pun tersangkut kat asrama pos jer telekung sehelai supaya dia boleh tarawih kat dalam dorm tu.

Sempena PKP kami pun ada lock down sale telekung dengan harga telekung yang super duper murah. Bukan itu sahaja kami nak lock sales untuk tudung labuh jugak. 

Kami sales sampai habis stock, dah abis tak dah ya..stok pun dah susut jugak sebenarnya. Lebih baik rebut peluang ini supaya boleh pakai sepanjang Ramadhan ini. Mana tau asbab kesungguhan kita menjelang hujung Ramadhan kita boleh bersolat jemaah di Masjid dan surat kita.


HARGA RM80.00 + POS 8.00
OFFER RM70.00 (Malaysia shj)
Telekung sahaja + kain (tambah)


TELEKUNG LABUH - RM170.00 SEPASANG
Harga LOCKDOWN
RM135.00 sepasang + pos 10.00 - 15.00

STOK TAK BANYAK BOLEH TEKAN NO. DIBAWAH
0192883235 - KAK HAJJAH





Sabtu, 11 April 2020

PKP SAMPAI RAMADHAN - BERSYUKUR JADI RAKYAT MALAYSIA

Penempatan Sementara Gelandangan


Nampaknya kita ber PKP hingga Ramadhan. Fasa ketiga 15hb April - 28 April 2020. Bertabahlah ya sahabat semua Kita Jaga Kita #StayAtHome.

Bersyukurlah kita masih ada kelonggaran untuk keluar beli barang tidak totally lockdown. Bersyukur kita tak kena penampar macam kat negara asal Virus Corona bila keluar rumah tak pakai mask. Bila harga mask melambung tinggi macam harga emas, bekalan mask tak cukup. Mana nak cari stok betul tak?

Bersyukur kita tak kena tembak jika keluar rumah seperti di Filippina.Terlalu banyak yang perlu di syukuri oleh rakyat Malaysia atas inisiatif Kerajaan Malaysia. Kita memang diakui sangat bertolak ansur samada dalam urusan rakyat sendiri ataupun urusan hubungan antarabangsa. Kat Malaysia suka hati ajer orang caci maki Perdana Menteri dan Sultan. Kalau kat Thailand dah ke humban dalam penjara dah.

Siang hari kereta dan motorsikal masih lagi menderu di jalanraya walaupunnya dah berkurangan dari biasa. Bukan macam negara luar, jalanraya jadi sepi.

Bersyukur setiap rakyat yang layak mendapat sumbangan dari Kerajaan Malaysia melampaui batas fahaman politik, bangsa dan agama. Mahupun pendatang tanpa izin mendapat perhatian supaya tidak kebuluran.

Bersyukur sangat ketika ini NGO dan kerajaan berganding bahu supaya tidak ada yang kelaparan. Rakyat jelata juga begitu prihatin cepat menghulur tangan bila ada yang perlukan bantuan. Sangat terharu dengan kemurahan hati semua orang ketika ini.

Bersyukur Semua rakyat rela berkorban ikut kepakaran dan kemampuan masing-masing. Dalam kekurangan ini yang boleh menjahit, menjahit pakaian PPE untuk frontliner. Tukang masak memasak makanan. Terlalu banyak untuk disyukuri jadi rakyat Malaysia. Terima kasih Allah kami berada di bumi Malaysia.

Walaupun kita sedih tak boleh nak berada di surau dan masjid solat jemaah dan kuliah. Tambah sedih sebab kita ber PKP hingga Ramadhan.  Ramai yang akan rindu takbir dan tahmid malam-malam Ramadhan.  Ramai yang akan menangis tadarus malam Ramadhan diganti dengan tadarus online..

Kita sama-sama panjatkan doa pada Allah semoga virus Corona cepat balik ke tempat asalnya meninggalkan bumi.  

Biarlah Corona yang pergi jangan solat jamaah, taalim dan tadarus anak beranak pun pergi bersama Corono. 42 hari istiqamah sepatutnya sudah mampu menjadikan setiap perubahan atau amal yang baik itu sebati. 

Allah aklam sebab hidayah milik Allah swt tetapi sekiranya selangkah kita cari Allah seribu langkah 
Allah datang kepada kita. 

Terimakasih PM, frontliner, Kerajaan Malaysia - anda memang hebat


Khamis, 9 April 2020

PROMOSI KURMA RAMADHAN

DEGLET SUNNAH
KURMA


BERMINAT KLIK KAT LINK BAWAH NIE



WASAP 01127902884

Bulan puasa dah semakin mendekat. Buah kurma memang menjadi makanan penting yang perlu ada. Dah tahu nak order kat mana?
Jangan risau sebab kalian tak perlu susah payah keluar pergi kedai nak cari. Beli sahaja melalui saya sekarang.
Kurma ini diimport khas dari Algeria ya. Rasanya tak manis sangat, just nice orang cakap. Tekstur-nya juga lembut dan sedap dimakan.
Tempahannya sudah dibuka. Penghantaran akan diuruskan hingga sampai ke rumah bermula 7 April ini.


SEEDLESS KURMA



RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA