Kami membekalkan barangan keperluan haji dan umrah.Hubungi Kami di 0192883235
Halaman
- Laman Utama
- TENTANG KAMI
- CARA BELIAN
- STOKIN SOLAT
- TELEKUNG-MUSLEEMA CANTIK
- MINI-JUBAH HAJI
- KELENGKAPAN PAKAIAN UMRAH DAN HAJI
- HANDSOCK AKA STONGAN AKA SARUNG LENGAN
- SELUAR HAJI DAN UMRAH
- TUDUNG UMRAH DAN HAJI SAIZ XL DAN 2XL - ADA LAPIK...
- TUDUNG LENGAN TAWAF
- TUDUNG UMRAH - CHIFFON L AND XL
- Kasut Tawaf, Stokin Wudhuk SOKA dan Sarung Tangan...
- TELEKUNG EIDUL FITRI 2022 - telekung ASHEERA
- CEREAL CANTIK SIHAT - UBAH GAYA PEMAKANAN UNTUK KEKAL SIHAT DAN BAHAGIA
Rabu, 2 September 2020
JOM KENAL JUBAH INTAN
Ahad, 23 Ogos 2020
7 HARI HARGA MARK DOWN - TUDUNG SARUNG DESIGN MUSLEEMA
Khamis, 20 Ogos 2020
PERLU KE BAWAK TELEKUNG SENDIRI, BILA BERCUTI
Assalamualaikum selesai PKP semua orang teruja nak memulakan hidup baharu seperti biasa. Kenyataannya semua dah berubah. Kita tak dapat lagi nak back kepada kehidupan sebelum PKP. Bebas kemana sahaja tanpa ada rasa curiga denan persekitaran anda.
Setiap hari kita di ingatkan akan berjaga-jaga. Jaga kebersihan pakai mask, guna satizer dan jaga jarak.
Minggu ini minggu cuti ramai berjalan jauh balik kampung, ramai jugak yang melancong membawa keluarga.
Lebih berwaspada bila singgah untuk solat di RnR tu, sentiasa bawak sanitizer kalau standby yang poket saiz tu.
Paling penting bawa telekung sendiri jangan kongsi telekung, terutama yang tersedia kat surau dan bilik solat tu tak perlu digunakan.
Termasuk juga sejadah bawa sendiri sekarang ini sejadah nipis banyak dijual tu pun bagus disimpan sehelai dalam kereta.
Sempena Kempen Bawa Telekung sendiri kami nak share koleksi telekung travel kami yang comel bak hang. Fabrik sedap ni ya, kain cotton. Kami ada telekung bunga ceria ataupun telekung plain colour sahaja jahitan sulam benang yang sama.
Jangan lupa bekalkan sepasang telekung cotton comel bak hang ni jika anak-anak kita tinggal di asrama.
KENAPA TELEKUNG TRAVEL BAK HANG KAMI NI BEST SANGAT
1. Puan-puan telekung ni senang diurus material yang ringan ini cepat kering dijemuran.
2. Kain cotton ni bukan jenis yang kedut, lepas basuh tak perlu nak gosok pon. Basuh nak sidai kibas-kibas jer dan kering angkat terus lipat,
3. Kami ada dua jenis telekung ada yang sulam bunga berwarna dan sulam bunga 1 warna sahaja.
4. Beza antara kedua telekung ini adalah saiznya. Telekung sulam warna ceria lebih labuh dan besar sedikit. Anda yag badan berisi boleh ambil yang bunga ini. Telekung sulam warna AIRA
5. Anak remaja lebih beli yang 1 warna sebab saiz kecil sedikit, tetapi tetap best fabriknya.
6. Muka telekung free saiz ada getah ya dan ada tali ikat. Tapi saya lebih cadangkan yang muka kecil ambik telekung cotton travel plain SOFEA.
7. Labuh telekung AIRA =
Labuh depan - 46 inci dari atas kepala,
Labuh belakang - 52 dari kepala
Lebar Kain - 30 inci dari kiri - kanan
Labuh Kain - 46 inci.
8. Labuh telekung SOFEA
Labuh depan - 42 inci dari atas kepala,
Labuh belakang - 50 dari kepala
Lebar Kain - 28 inci dari kiri - kanan
Labuh Kain - 40 inci.
.
Ahad, 19 Julai 2020
MY BIG WHY - ZERO TO MILLION 2020


. Dr Azizan Memang semua orang tau capabilities beliau melatih ramai anak-anak muda yang tidak ada apa-apa jadi “orang ada-ada”Terima kasih Allah, Dr AZIZAN dan team Richworks
Ahad, 5 Julai 2020
HELLO JULAI
Kebanyakan bisnes sudah beroperasi seperti biasa walaupun saiz tu dikecilkan. Insya Allah kita akan pulih sepenuhnya. Mari kita banyak-banyak berdoa supaya wabak corona berlalu pergi.
Masjid dan surau sudah dibuka. Solat Jumaat dan jamaah telah dibenarkan walaupun dalam keadaan jaga jarak. Alhamdulilah bilangan jamaah sudah ditambah kepada 500 orang.
Alhamdulillah ada masjid yang dah mulakan kuliah Subuh dan Isyak. Hari ini kak hajah dan kawan-kawan sama-sama bergotong royong bersihkan Surau kami. Sebenarnya baru jer buat mimbar baru untuk mencantikkan surau kami.
Untuk pembukaan rasmi nanti kami gotong royong bersihkan seluruh kawasan.
Ahad, 28 Jun 2020
TELEKUNG RAYA UNTUK BONDA
Alhamdulillah semua orang boleh lega sekarang, PKPP ini aktiviti hampir pulih sepenuhnya yang penting kita jaga kita ya kawan-kawan. Anak-anak kena selalu di nasihat supaya ada jarak sosial.
Musuh tak nampak kita tak tahu dia berada dimana.
Semua orang dah teruja balik kampung jumpa keluarga. Kak Hajjah pun buka jer pagar PKP terus balik kampung.
Syawal kita solat hari raya di rumah dengan keluarga tak ada mood nak persiapan hari raya. InsyaAllah nanti Eidul Adha kita dapat berkumpul semula dah boleh berkumpul lebih 20 orang. Mudahan tiada lagi halangan untuk kita semua.
Apa kata bawa balik sendiri sepasang telekung untuk ibu, bonda, mama dan opah kat kampung. Kami ada koleksi telekung yang cantik comel sangat ada yang lengkap dengan beg comel. Kalau nak warna basic putih pun kami ada ya.
Telekung Bonda Fatimah ada warna hijau, maroon, light brown, brown, dusty pink dan peach.
Harga kami tawarkan cuma RM110.00 SAHAJA YA SOBAT SEMUA.
kemasan muka yang bergetah dan free saiz InsyaAllah ramai yang boleh memakainya. Kain pula cotton micro (cotton campur)
Lebih-lebih lagi selesai PKPP ni kita tak boleh sewenangnya berkongsi telekung dan sejadah di tempat awam ya.
Jangan tunggu lama-lama barang cantik ini cepat jer abisnya.
Khamis, 4 Jun 2020
BLOG KU SEPI MASA PKP
Biasalah kita pun terpaksa ikut arus bila PKP banyak aktiviti niaga untuk produk barang umrah haji ni terpaksa di kemas elok-elok. Orang nak gi umrah dan haji dah tak boleh, kita terpaksa cari produk baru untuk melestarikan kehidupan sehariankan.
Akak tak nak merojak kan page TELEKUNGMUSLEEMA jadi lebih kepada facebook sahaja.
InsyaAllah kita akan aktif balik share tazkirah, motivasi dan selang selikan dengan produk muslimah InsyaaAllah.
Kita tak boleh terus menung dan down. Kita kena bangkit balik. Kita jaga kita. Hidup dalam norma baru yang penting kita semua selamat dunia dan akhirat.
Semoga tenang menghadapi hari-hari yang mendatang.


