Khamis, 18 Februari 2016

SI TUDUNG DENIM PERGI BUAT UMRAH

Assalamualaikum, syukur masih ada peminat setia untuk tudung denim akak nie. Kali seorang sahabat yang dari Kuala Kangsar yang nak berangkat untuk buat umrah.  Beliau telah berangkat malam kelmarin 16hb February 2016.

Beliau menghubungi kami melalui whatsapp pada hari Ahad tu 14hb February 2016, Hari Kasih Sayang tu.
Cik Hadibah berminat dengan tudung denim brown nak pakai pergi ke Tanah Suci Makkah. Beliau bertanyakan discount yang kami tawarkan samada masih valid atau tidak.  Akak pun since orang nak gi buat umrah kira valid lagilah offer tu dapat tumpang pahala.

Keberatan nak terima order tu sebab Pos Laju agent di Stesen Petronas Mutiara Damansara dah tutup untuk sementara waktu. Pos Laju yang seterusnya kat dalam The Curve agak jauh jugaklah ada 500 meter macam tu. Mengenangkan nak berjalan kaki tengah hari lip lap tu rerasa nak tolak jer. Tapi hati rasa tak sampai pulak nak tolak sebab beliau memang berhajat sangat dengan tudung denim tu.

Agak suruh dia hold on jangan masukkan duit dalam akaun sementara akak cari orang nak tolong poskan. Persoalannya siapakah yang dapat tolong akak. Hmm nampaknya kena buat sendiri. so bawak siap-siap tudung denim brown dari rumah kalau larat berjalan pergi lah pos, kalau tidak say sorry jer lah.

Pagi Isnin tu Cik Hadibah whatsapp lagi nak masuk duit, punya fikir punya fikir akak kata ok sebab dia redho jika sekiranya lambat barang sampai. So akak tidak akan disalahkan.

Deal, akak pun pergi pos. See apa kata Cik Hadibah, dia sangat happy dapat tudung denim pada petang hari sebelum berangkat. Tercapai hajatnya nak pakai pergi ke sana.  So kami doakan Cik Hadibah dapat umrah yang mabrur.


Kalau berminat nak merasai keselesaann tudung denim kami jangan lupa
whatsapp ya 019-2883235.

Selasa, 16 Februari 2016

STOKIN SOLAT COTTON

 STOKIN SOLAT COTTON
STOKIN SOLAT COTTON IN BLACK
rm15.00 sepasang

Terlupa nak share entry produk stokin solat cotton nie kat blog nie. I fokus dengan FB Page sahaja.
Jadinya sekarang nak share dengan you olls tu.  Stokin cotton nie memang hot hot sesangat.

 KAMI DAH JUAL 1000 PCS STOKIN SOLAT 
Pelanggan kami sangat berpuas hati 


kenapa orang suka stokin solat?

1. kain jenis cotton yang memeri - flexible
2. mengikut bentuk kaki pemakainya cantikdan kemas
3. sejuk dan selesa
4. tidak jarang atau memeri hingga nampak kulit macam kain stokin biasa
5. Untuk setengah orang yang kulit allergi dengan kain jenis polyester dan spandex, stokin inilah jawapannya
6. tidak memerangkap bau.

HARGA REASONABLE SANGAT

rm15.00 untuk sepasang,
langkah penjimatan order 3 pasang - jimat untuk duit pos anda.

POSTAGE RM6.00 - RM8.00

FREE POS UNTUK BELIAN RUNCIT MELEBIHI RM150.00 
MALAYSIA SAHAJA.

Macamana nak order?

Whatsapp - 019-2883235
kita akan response dalam masa 24 jam..


Rabu, 10 Februari 2016

SOCK SOCK SOCK - SANDY SILVY DAN STOKIN JEPIT

BUZI BUZI sampai tak der masa nak mengupdate blog. Macam tulah kalau blogger part time kan. Nak kerja lagi keluarga lagi. tengok hari dan bulan jer untuk dapatkan update.

This month kami bawa masuk stokin-stokin untuk pakaian harian kita. Kalau nak bawak solat pun boleh tapi pakailah stokin nie dua lapis gitu. InsyaAllah tidaklah dia jarang.

Setiap pagi masa drive nak ker opis selalu lah berseliseh dengan couple yang gi kerja naik motor. Memang bestlah tak perlu dia orang pening dengan traffic jamn macam kami nie. Dalam kereta 45 minit ker 1 jam lebih. Akak ngeri nak mencelah-celah tu kita sebagai pemandu berkhemah ni selalu tengok gak bila lalu kat laluan yang sempit nie.

Kisahnya, kadang tengok adik kakak ni ada yang naik motor pakai kain, ade yang pakai seluar panjang kat dalam syukur Alhamdulillah. ada yang pakai stokin tapi pendek pulak. ada yang selamba dak ajer kain terselak sampai dekat lutut. Alahai kesiannya, terbuka aurat tu kak long. Lagipun kesian kat kaki tu sejuk.
Penyakit banyak masuk dari kaki terutama bila sejuk-sejuk kan.

Kali ini stokin silvy boleh menyelesaikan masalah anda. Kenapa?
  • Sebab stokin silvy ni panjang sampai betis, kalau orang kecik boleh tarik sampai dekat lutut.
  • Kedua stokin silvy ni tebal jugak, dapat menahan dari kesejukan kena angin-angin tu.
  • Ketiga stokin silvy ni dari material yang stretchable boleh fit semua saiz kaki kak long
  • Keempat stokin silvy tidak melorot no worries.
  • Warna ada hitam, dark brown dan brown sahaja.
  • Harga murah jer RM10.00 SEPASANG
Untuk anda yang tidak suka stokin panjang, kami juga boleh membantu anda dengan stokin sandy

  • Stokin sandy pun tebal juga
  • Panjangnya hingga buku lali sahaja
  • warna ada hitam dan dark brown.
  • Harga murah jer rm6.00 sepasang



stokin silvy - panjang - RM10.00
stokin sandy - pendek - RM6.00

MINIMUM ORDER 4 PCS
SEBAB POSTAGE - FIX 6.00 - 9.00 (SABAH N SARAWAK)

KALAU ORDER 1 JADI MAHAL YA.


STOKIN IBU JARI
WARNA BROWN, HITAM DAN DARK BROWN
RM7.00 SEPASANG

MINIMUM ORDER 3 PCS

Kami request minimum order untuk jimatkan duit pos pelanggan, anda boleh campurkan order asalkan 3 pcs keatas.

WHATSAPP US AT 019-2883235 FOR ORDER




Selasa, 26 Januari 2016

BERAPA BANYAK PAKAIAN YANG PERLU SAYA BAWA?

Berapa banyak pakaian yang perlu saya bawa? Soalan itu ditanyakan kepada saya oleh para jemaah yang dah dapat surat tawaran.

Jangan pening-pening kepala, saya akan kongsikan tips-tips untuk pakaian yang sesuai dari masa ke semasa. Serta barang-barang lain yang tuan puan patut bawakan jugak.

Kita cuba bantu anda sedaya upaya yang boleh ya.



Mari kita kita senaraikan untuk Jemaah Wanita:-


  • Anda perlu bawak 3 helai telekung + 1 kain telekung sahaja. Jika anda nak bawak satu telekung ziarah boleh gantikan satu telekung dengan telekung ziarah. Dari segi fabrik boleh pilih dari jenis cotton dan jersey.
  • Mini jubah + seluar panjang - saya galakkan anda bawa sesuai dipakai nak pergi melontar atau nak ke masjid.
  • Jubah anda boleh bawak 1 warna putih dan 2 helai lagi warna gelap yang bersesuaian. Kalau boleh ada zip atau button depan. 
  • Inner berpoket bawa 3 helai - boleh dipadankan dengan jubah. Boleh simpan barang sikit dalam poket
  • Seluar panjang anda perlu bawa 3 helai - jika tak pakai mini jubah. Kalau ada mini jubah bawa lagi 2 helai.
  • Fabrik saya suka cotton tshirt dan poly cotton (cepat kering bila dibasuh).
  • Tudung labuh anda perlu bawa 2 helai. Untuk pergi ziarah nanti atau nak keluar sekitar hotel berjalan atau makan-makan dengan kawan-kawan.
  • Dress cotton berlengan sangat digalakkan untuk dipakai ketika di Arafah dan Mina, cuaca sangat panas dan jangan lupa sehelai tudung lyra atau cotton saiz m atau l. untuk tutup aurat dalam khemah. Khemah kat sana cuma kanvas tebal.
  • Sarung lengan dan stokin bawa lebih, kalau berlebih sedekah dekat kawan-kawan. Kat sana sedekah banyak-banyak untuk dapat haji mabrur.
  • Kasut Tawaf bawa 1 atau 2 pasang sahaja. 1 untuk pakai tawaf dan saie, satu guna kat Arafah dan Mina keluar masuk toilet yer, kalau stokin tu susah sikit nak memakainya, kalau kasut lembut tu senang sikit nak sarung.
  • Pakaian dalaman bawa lah secukupnya nanti tak cukup susah pulak nak mencari. Tuala mandi 2 helai tak perlu tebal macam kat hotel tu, 1 tuala nipis dan 1 tuala muka.


Orang Lelaki senang dan mudah,

  • - perlukan 2 pasang kain ihram, 
  • - 3 helai seluar panjang, 
  • - baju inner berpoket lelaki 3 helai,
  • - kain pelikat tak berjahit 2 helai (untuk ganti masa dalam ihram kat bilik)
  • - Kain pelikat berjahit bawa 2 helai
  • - Tuala mandi
  • - Selipar yang tidak bertutup
Bagasi - ikut kadar pakaian kita dan barangan yang lain-lain jugak. 24 kg - 30kg kalau orang perempuan
untuk lelaki mungkin kecil sikit sebab tak banyak barangan peribadi.



KISAH SI TUDUNG DENIM

DEARIE, alhamdulillah tudung denim mendapat sambutan. InsyaAllah kita akan share lagi lebih banyak stok dan warna-warna yang menarik.

Dalam cuaca yang kepanasan sekarang nie untuk kita yang dah otai dengan tudung sarung, tudung denim memang terbaiklah fabriknya yang halus dan sejuk itu cukup menyamankan kita deh. Kelmarin balik ke kampung untuk ziarah famili, masyaAllah bersabarlah daku memandu dalam cuaca yang sangat terik itu. Petang tadi nak balik ke sini pun sama berenti dua kali break kejap basuh muka. Mata dah separuh tertutup.

I nak share kat sini pengalaman bersama customer masa kursus haji, pada hari Sabtu, bila gi bukak booth kat Masjid berdekatan. Lokasi kursus dah berubah kalau dulu betul-betul dekat depan kelas, tapi sekarang kelas dah naik atas dalam masjid. Punyalah pening orang tak nampak mengharapkan orang yang keluar masuk sahaja.

Tawakal sahaja pada Allah, dalam penantian di kesunyian tu satu whatsapp masuk bertanyakan tudung denim. Seperti biasa kita beramah mesra melayan pelanggan nie yang berminat dengan tudung denim.  Kemusyikilan berkaitan saiz lalu saya poskan gambar sendiri yang memakai tudung denim semasa mengerjakan haji. 

Pelanggan bersetuju untuk membeli, warna pun dah dipilih. No akaun pun saya dah beri. Rupa-rupanya pelanggan tadi ada jugak di masjid Usamah tu..beliau dapat cam saya sebab saya pakai tudung yang sama.
Alhamdulillah tak perlu nak pos-pos barang lagi. Beliau boleh try dan pilih warna yang dikehendai dan tudung pun bertukar tangan. 

Moral of the story kalau tersurat rezeki itu kita punya tidak akan kemana. Tawakal tu Allah swt, Pemegang Kunci segala khazanah.


Khamis, 14 Januari 2016

TUDUNG COTTON DENIM XL - KEPUASAN MEMAKAINYA

Ingat tak kita ada share tak lama dulu, tudung yang saya suka pakai ketika haji dan umrah lepas..Bukan lama sangat baru 3 bulan. Selesa sangat pakai tudung ni kat sana masa bermabit di MINA. Bawak satu tudung jer lepas pakai gantung jer.  Masih terbayang-bayang, seronoknya bertamu di bumi Haramain.

 berposing lepas melontar jamrah kubra
saya pakai tudung cotton denim saiz xl

Oleh kerana ia sangat bagus dan kita rasa sangat selesa dengan tudung cotton ini, jadi kita pun nak orang lain rasa selesa jugak. Kita restok balik koleksi tudung-tudung nie dengan warna-warna baru yang menjadi trending masa kini.

Purpose kat sini tudung haji dan umrah, jadi koleksi kita tidak mengambil sangat warna-warna yang menyengat sebab kebanyakan jemaah suka warna-warna yang cool dan tidak menarik perhatian orang lain.

Tudung cotton denim labuh 21 inci-22 inci dari dagu
Ada pelapik dagu
Fabrik cotton denim yang cooling, sekarang panaskan lebih baik PAKAI  cotton

 Tudung cotton denim - XL
warna kelabu n warna coklat terang
RM59.00 per pc
Tudung cotton denim - XL
warna kelabu n warna coklat terang
RM59.00 per pc

Tudung cotton denim - XL
warna kelabu n warna coklat terang
RM59.00 per pc
Tudung cotton denim - XL
warna kelabu n warna coklat terang
RM59.00 per pc

PAKEJ PROMO
1 HELAI - RM59.00 
3 HELAI  - RM150 
5 HELAI - RM240.00 

APA DITUNGGU LAGI
WHATSAPP KAMI DI 019-2883235
weekdays - 1.00 pm - 2.00pm
weekend - boleh whatsapp kita sebelum pukul 10.00 malam.

BEST BARGAIN FOR THIS WEEK
FROM 18/1/2016 - 23/1/2016
HANYA RM50.00 TERMASUK POS KE SELURUH MALAYSIA


Selasa, 5 Januari 2016

BAKAL JEMAAH HAJI 2016 - ANDAINYA JEMPUTAN BELUM SAMPAI

TAHNIAH UNTUK SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH MENDAPAT TAWARAN. Bagi yang sudah sampai giliran untuk mengerjakan haji pada tahun ini surat telah diterima sejak bulan Disember 2015 yang lalu.  Malah dari semasa ke semasa surat jemputan akan terus beredar untuk anda yang telah ditakdirkan Allah untuk mengerjakan haji pada tahun 2016 ini.

Sekiranya puan/tuan telah mendapat tawaran untuk mengerjakan haji jangan berlengah lagi sila hantar surat jawapan balas. Walau apa pun terimalah dahulu ya, sebabnya mungkin di tahun yang mendatang kita tak tahu apakah kekangan yang akan menghalang kita. Mungkin umur, kesihatan, ajal dan masalah keluarga.

Disana ada ruangan untuk pengiring atau ikutan jadi jika pasangan anda, anak anda atau adik beradik anda yang sedang menunggu giliran untuk mengerjakan haji jadi selit-selitkan sahajalah permohonan mereka. Jangan lupa suruh juga mereka merayu untuk mengerjakan haji Allah maha pengasih dan penyayang mana tau Allah gerakkan hati pengurusan Tabung Haji untuk menjemput mereka juga bersama-sama anda.
It's happen to me, mungkin anda next.



Andainya anda masih belum mendapat panggilan jangan bersedih hati dan putus harap. Terus hadir ke kursus haji dan berdoalah banyak-banyak pada Allah swt. Kerana ketentuan hanya dariNya, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.

BELAJAR AL-QURAN

Mungkin Allah Swt nak tengok kesabaran kita, istiqamahnya kita untuk perbaikki diri. Kesempatan ini mungkin Allah tengah bagi ruang untuk kita memperkemaskan amalan kita, perbaikki bacaan Al-Quran kita. Rugi dan sedih sangat jika tidak dapat memanafaatkan masa selama 30-50 hari di tanah suci untuk membaca al-Quran. Pentingnya belajar tajwid juga untuk baikki bacaan dalam solat kita


Kalau di tanahair hanya dapat baca Quran 20 minit sehari, semasa menunaikan haji kita boleh duduk iktikaf sepanjang hari untuk baca Al-Quran. Atau duduk dibilik sendirian pun boleh dimanafaatkan dengan membaca Al-Quran lebih cantik jika lengkap dengan tafsirnya.

Jika ada bernasib baik dapat room mate yang suka membaca Quran, kesempatan ini boleh digunakan untuk bertalaqi.

PERBAIKKI SOLAT

Adakalanya kita rasa dah biasa dengan solat, sebab dah mula seawal umur 7 tahun. Solat tidaklah berat untuk kita, tetapi adakah standard solat kita tetap sama (Peringatan untuk diri sendiri jugak). Cuba hadiri kursus solat yang diberi percuma di surau dan masjid.

Anggaplah diri kita ini pelajar tua yang tidak tahu apa-apa disana ada Malaikat yang sedang menebarkan sayapnya dan Allah swt melihat usaha Anda. Who knows barakah duduk dalam majlis ilmu Allah swt makbulkan doa anda untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Kalaulah manusia boleh lihat pahala duduk dalam majlis ilmu sama seperti berada di taman-taman syurga, melimpah ruahlah masjid dan surau setiap kali ada majlis ilmu. Tetapi sebab orang Islam tidak nampak barakah dan pahala berada dalam majlis ilmu maka lebih banyak tiang dari orang yang berada dalam majlis ilmu.

PERBAIKKI WUDHUK

Elok kita teliti balik cari kita berwudhuk (bukan untuk pergi haji sahaja) untuk solat harian kita disini juga penting.  Jika wudhuk tidak sah, solat pun tidak sah.

Wudhuk bukan sekadar membasuh muka, tangan, membasahkan kepala, telinga dan kaki. Pre and post juga perlu diketahui.

Jenis-jenis air untuk berwudhuk. Bagaimana jika tiada air atau nak berwudhuk dengan air yang sedikit. Boleh recall semasa kursus haji, disinilah pentingnya hadiri kursus haji.

Apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk kita. Nampak remeh tetapi adakalanya segala was-was akan datang mengganggu jika ilmu kita cetek. Alhamdulillah Tabung Haji sediakan ustaz dan ustazah untuk membantu jemaah haji memecahkan segalan persoalan ini.

Bukan itu sahaja doa selepas wudhuk elok dihafal dan dijadikan amalan. Besarnya rahmat Allah yang memberi ruang pengampunan di setiap gerak ibadah kita

MENGAPA MESTI BELAJAR

Bila kita set minda dan hati untuk menjadi tetamu Allah, yang paling kita harapkan hanyalah haji yang mabrur, dosa yang diampunkan.  Untuk dapatkan haji mabrur perkara utama adalah soal-soal yang berkaitan terus dengan hubungan kita dengan Allah. Kalau soal ibadah kita dengan Allah compang camping macamana kita nak dapatkan pengampunan Allah swt.

Ketika menunaikan haji,  tumpuan kita tiada lain hanyalah untuk beribadah dan bertaubat pada Allah swt. Kita ada sangat banyak masa untuk dipenuhi, dengan solat, zikir, tawaf sunnat, umrah dan haji. Kalau boleh rasanya nak jaga dan tidur menghadap Baitullah. Marilah isi dada dengan ilmu supaya kita lebih berkeyakinan dan terhindar dari rasa was-was ketika beribadah.

APA YANG SAYA CORETKAN INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI, kekurangan itu datang diri saya sendiri yang cetek ilmu.

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA